Friday 28 September 2012

Kata Kerja

Kata kerja ialah sesuatu yang kita buat dalam kehidupan harian .

Contohnya : mandi, berlari, menanam , membaca , mengajar, bercakap, melukis, memasak, makan, memandu, memotong, berbaris .



Kata Adjektif

     Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh , masih hebat lagi.

    Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif juga boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali .

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang . Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut :

a) Kata ganti nama diri pertama
b) Kata ganti nama diri kedua
c) Kata ganti nama diri ketiga

A. Kata ganti nama diri Pertama

Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendidi apabila bercakap dengan orang lain. Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua iaitu :
  • Bentuk tunggal
Contoh : aku , beta , daku , hamba , patik , saya
  • Bentuk jamak

Contoh : kami , kita

B. Kata Ganti Nama Diri Kedua

Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada bentuk iaitu:
  • Bentuk Tunggal
Contoh : anda , awak , engkau , tuanku , kamu
  • Bentuk Jamak
Contoh : anda , kalian , kamu

C. Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.

Contoh: baginda , beliau ,dia dan mereka