Tuesday 13 November 2012

Petikan Pemahaman 1


     Haikal kawan baik saya. Nama ibunya Azilah, dia seorang guru. Ibu Haikal seorang yang baik hati dan penyayang. Dia sentiasa menjaga Haikal dan keluarganya dengan penuh kasih sayang. Pada masa lapang, Haikal akan mendengar cerita daripada ibunya. Haikal sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin menjadi orang yang pandai dan membalas jasa ibunya apabila dewasa.

Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan di atas.

1. Siapakah nama ibu Haikal ?
    Nama ibu Haikal ialah ______________________________________

2. Apakah pekerjaan ibu Haikal ?
    Ibu Halim seorang _________________________________________

3. Bagaimanakah ibu Haikal menjaga Haikal dan keluarganya?
    Ibu Haikal sentiasa menjaga Haikal dan keluarganya dengan _____________________________
    ___________________________________________________________________________

4. Bilakah Haikal akan mendengar cerita daripada ibunya?
    ______________________________________ Haikal mendengar cerita daripada ibunya.

5. Mengapakah Haikal belajar bersungguh-sungguh?
    Haikal belajar bersungguh-sungguh kerana _________________________________________
    __________________________________________________________________________

1 comment:

  1. Latihan yang meminta murid untuk mengisi tempat kosong seperti di atas sangat berfaedah kerana ianya meminta murid untuk memahami dan menghayati petikan.

    ReplyDelete