LATIHAN

KATA KERJA

A. Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata kerja yang sesuai.
                   
                      terpengaruh      mendakwa      berbincang      mengalah      dicat
             mempelbagaikan      berpandukan      memperalat      mengerti      kandas

1 Orang itu  bahawa beg itu kepunyaannya.
2 Sudah dua kali dia  dalam ujian Matematik.
3 Guru-guru perlu  kaedah pengajaran.
4 Jangan sekali-kali  orang yang lemah.
5 Kamal selalu  pada adik bongsunya.
6 Mereka seringkali  tentang masalah peribadi.
7 Puan Aini tidak mudah  oleh pujuk rayu jurujual itu.
8 Dia masih tidak  akan kejadian yang sebenarnya.
9 Rumah itu sedang  oleh pekerja-pekerja.
10 Dalam acara lumba jalan kaki itu, para peserta  peta yang diberikan.

B. Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

membaca        memasak       menyiram        membaiki        mengemas         mengulang kaji

1. Julia ____________ biliknya pada setiap hari.
2. Selepas sarapan, Julia ____________ pokok bunga.
3. Ibu Julia sedang ____________ hidangan tengah hari.
4. Bapa Julia pula sedang ____________ surat khabar.
5. Kakak Julia sedang ____________ pelajaran.
6. Adik Julia pula sedang ____________ basikal.

KATA NAMA AM

A. Lengkapkan ayat ini dengan kata ganti nama diri 'kita', 'kami' atau 'mereka'.

Contoh : Saya pergi ke sekolah naik basikal.
                Dia pergi ke sekolah naik basikal.
                Kami pergi ke sekolah naik basikal. 

1. Saya belajar komputer di sekolah.
    Awak belajar komputer di sekolah.
    ___________________________________

2. Kim Siong bermain badminton.
     David bermain badminton.
     ___________________________________

3. Saya mesti membaca buku.
     Awak mesti membaca buku.
     ___________________________________

4. Pak Ali baru balik dari laut.
    Pak Bakri baru balik dari laut.
    ____________________________________ 

B. Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.

                       Melaka      garam      Universiti Malaya      dewan      Alba
                      bangau      Comel      kampung      gelas      Pelita Bahasa

1 Sudah lama saya tidak menjenguk nenek di .
2 Setinggi-tinggi  terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
3 Majalah  akan diterbitkan tidak lama lagi.
4 "Masukkan secubit  ke dalam masakan itu," kata ibu.
5 Kakak saya bekas mahasiswi .
6 Tambang bas dari  ke sini ialah lima ringgit.
7 Adik sungguh sayang akan .
8 Murid-murid diminta berkumpul di .
 itu jatuh ke lantai lalu pecah.
10 Abang menghadiahi saya sebuah jam tangan .


KATA GANDA

A. Beri kata ganda yang sesuai pada perkataan bergaris. Kemudian, tulis ayat itu semula.

Contoh : Sampah itu dibuang ke dalam tong sampah.
Jawapan : Sampah-sampah itu dibuang ke dalam tong sampah.

1. Soalan : Emak menghidangkan agar kepada tetamunya.
    Jawapan : ___________________________________

2. Soalan : Papan itu reput kerana dimakan anai.
    Jawapan : ____________________________

3. Soalan : Baju itu tergantung di dalam almari.
    Jawapan : ___________________________

4. Soalan : Gigi Suhana rosak sebab dia suka makan gula.
    Jawapan : ___________________________________

5. Soalan : Murid beratur ketika membeli makanan.
    Jawapan : ______________________________

B. Isi tempat kosong.

                 pinggan-pinggan               anak-anak               cawan-cawan
                     sikat-sikat                   barang-barang                 pin-pin

Terdengar bunyi sesuatu. Bunyi itu dari dalam bilik adik. Oh, itu bunyi Rina dan Mira! Mereka itu ____________ patung adik. Rupa-rupanya mereka sedang berbual.
            "Rina, lihatlah mainan adik bertaburan di lantai," kata Mira.
            "Betul, Mira. Cuba kamu lihat ____________ dan ____________ di atas katil. Semuanya tidak tersusun," kata Rina.
            "Lihat di sana pula. Ada ____________ dan ____________ di tepi almari," kata Mira.
            "Mungkin adik terlupa hendak menyimpan barang-barang mainannya, Mira."
             Tiba-tiba, adik masuk ke bilik itu. Adik berlari-lari ke arah Rina dan Mira lalu memeluk mereka dengan mesra. Adik mengambil ____________ mainan yang bertaburan di atas lantai itu lalu memasukkannya ke dalam bakul.

KATA HUBUNG

A. Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

kerana           sementara          sambil            tetapi            lalu             agar            sejak

1. Syafiq berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Tan. 
2. Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3. Ravi mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4. Natasha suka makan ayam goreng __________________ tidak suka makan sayur.
5. Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6. Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7. Encik Harry cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.

KATA ADJEKTIF

A. Pilih jawapan yang betul.

1. Cikgu Lau menasihati murid-muridnya agar makan makanan yang ___________ dan menjaga kebersihan diri.

A. lazat                                      C. berlemak
B. pahit                                      D. berkhasiat

2. Nenek berasa sangat ___________ akan cucu-cucunya kerana sudah sebulan mereka tidak pulang ke kampung.

A. malu                                      C. marah
B. rindu                                      D. sayang

3. Budak-budak kampung gemar mandi di sungai itu kerana airnya ___________ sahaja.

A. deras                                    C. pekat
B. cetek                                     D. dalam

4. Emak menanam pokok bunga yang ___________ itu di dalam pasu.

A. renek                                    C. besar
B. tinggi                                     D. lebar

5. Bapa kelihatan sungguh ___________ apabila memakai kemeja barunya.

A. segak                                   C. lusuh
B. kusut                                     D. lawa

B. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

 kelabu        kemas         suam           bersih         mesra         berani         indah        sayang

1. Rita suka berjoging di taman kerana keadaan di situ _________________
2. Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan tugas.
3. Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.
4. Baju yang dipakai oleh ibu Mei Ling berwarna _______________
5. Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________
6. Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7. Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________
8. Melly sangat _____________ akan binatang peliharaannya.

SIMPULAN BAHASA

A. Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

      alas perut        ambil hati         anak kandung        ikat perut         ambil berat        anak angkat

1. Ibu dan ayah sangat _________________ terhadap pelajaran kami.
2. Lisa makan sekeping roti sebagai _______________ sebelum ke sekolah.
3. Chee Meng terpaksa _______________ kerana lupa membawa duit ke sekolah.
4. Walaupun Mohan ________________ Pak Amin, namun dia sangat disayangi Pak Amin.
5. Ibu sanggup memaafkan adik kerana adik pandai _______________ beliau.
6. Ali merupakan ________________ Pak Zainal dan isterinya.

B. Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

       anak yatim       berat tulang       anak buah       anak yatim piatu       ringan tulang      anak tiri

1. Mei Mei bertanggungjawab untuk menjaga ____________nya semasa kakaknya pergi melancong.
2. Carol sangat disayangi ibu bapanya kerana dia seorang yang ________________.
3. Setelah ibu bapa meninggal dunia, Hussin menjadi seorang ________________.
4. Puan Salimah yang baru berkahwin dengan bapa Ivana tidak sayang akan Ivana kerana Ivana ialah _________________ kepadanya.
5. Rong Hua merupakan ________________. Dia tinggal dengan ibunya di rumah yang buruk.
6. Veena seorang yang _______________. Dia sentiasa tidur dan sering tidak membuat kerja rumah.

2 comments:

  1. Pastinya murid berminat dengan halaman ini kerana mereka boleh melatih otak mereka dengan berfikir.

    ReplyDelete
  2. Latihan sebegini sangat berguna kepada murid sebagai ekstra latihan mereka. :)

    ReplyDelete