1. Alas Perut
Makna : Makan sedikit untuk menahan lapar
2. Ambil Berat
Makna : Memberi perhatian
3. Ambil Hati
Makna : Menjaga perasaan
4. Anak Angkat
Makna : Anak yang dipelihara seperti anak sendiri
5. Anak Buah
Makna : Anak saudara/orang di bawah kuasanya
6. Anak Kandung
Makna : Anak sendiri
7. Anak Tiri
Makna : Anak suami atau isteri daripada perkahwinan terdahulu
8. Kaki Lima
Makna : Kawasan laluan di hadapan bangunan
9. Kepala Batu/Keras Kepala
Makna : Degil
10. Keras Hati
Makna : Tidak mahu mengalah
11. Mandi Kerbau
Makna : Mandi tidak bersih
12. Mandi Peluh
Makna : Bekerja bersungguh-sungguh
13. Minta Diri
Makna : Meminta izin untuk beredar
14. Mulut Murai/Banyak Mulut
Makna : Orang yang suka bercakap banyak
15. Murah Hati
Makna : Tidak kedekut
16. Otak Cair
Makna : Cerdik
17. Sakit Hati
Makna : Rasa marah
18. Sagu Hati
Makna : Hadiah atau ganjaran
19. Tangkai Jering
Makna : Sangat kedekut
20. Ulat Buku
Makna : Suka membaca buku
Terima kasih atas perkongsian anda...
ReplyDeleteSama-sama.
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu
ReplyDeleteSam's
ReplyDeleteAssalammualaikum cikgu, perkongsian ini amat berguna. Saya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai simpulan bahasa. terima kasih
ReplyDeleteTERIMA
ReplyDeleteKASIH CIKGU