Tarikh penilaian akhir
pada 14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan
dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012
Secara individu, pelajar
dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.
Pelajar boleh
menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.
Pilihan
matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.
Pastikan nama,
foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan
blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum
tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.
Blog perlu mengandungi
perkara-perkara berikut:
- Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
- Gambar
- Audio
- Video
- Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan
- Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.
5.
Tugasan blog
hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria
berikut:
KRITERIA
|
MARKAH
|
Isi kandungan blog serta
kualiti penyampaian
|
15%
|
Senireka blog dan
kreativiti
|
10%
|
Pandangan dan komen
daripada pelawat blog
|
5%
|
JUMLAH
|
30
|
No comments:
Post a Comment