Friday 7 December 2012

Penjodoh Bilangan

A. Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

1. Kakak Tina membelikan empat (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya.

2. Mohd Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak kucingnya yang baru lahir itu.

3. Ayah membeli dua (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon.

4. Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah.

5. Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus (rangkap,patah,butir) perkataan.

6. Setiap bulan kami akan gunakan 4 (buku,batang,kampit) sabun untuk mandi.

7. Abang menghadiahi tunangnya se (gulung,utas,ulas) rantai emas.

8. Setiap pelajar dikehendaki membeli sepuluh (helai,keping,buah) buku rampaian.

9. Empat (buah,gelung,gulung) filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan kakak.

10. Zamri mempunyai dua (helai,buah,utas) baju sukan.


B. Isikan tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. Lima _______ pokok telah tumbang akibat dipukul ribut.

2. Pihak polis telah berjaya merampas se _______ pistol daripada penjenayah itu.

3. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa _______ tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai yang sedang melakukan demonstrasi jalanan.

4. Ibu membeli se _______ payung dari kedai Muniandy.

5. Abang telah membeli se _______ tanah untuk persediaan masa tua nanti.

6. Ahli gusti itu selalu memakan lima _______ telur ayam setiap pagi.

7. Pak Ngah mempunyai lapan _______ anak yang belum bersekolah.

8. Saya makan empat _______ nangka sebagai pencuci mulut selepas makan nasi.

9. Datuk ada menyimpan tiga _______ keris yang dipusakainya turun-temurun.

10.Setiap pagi saya makan dua _______ roti bakar sebelum ke sekolah.

No comments:

Post a Comment