Sunday 2 December 2012

Petikan Pemahaman 4

A. Baca petikan di bawah.
      
      Pada setiap pagi, Jaja bangun pada pukul 6.00 pagi. Setelah mengemas katil, Jaja menggosok gigi dan mandi supaya badannya bersih dan berbau wangi. Selepas itu, Jaja memakai pakaian sekolah dan bersarapan dengan ayah, ibu, abang dan adiknya. Kemudian, Jaja menunggu bas sekolah di perhentian bas di hadapan rumah. Dia beratur sebelum menaiki bas sekolah. Di sekolah, Jaja belajar di kelas 2 Bestari. Semasa guru mengajar, Jaja belajar dengan tekun untuk menjadi murid yang bijak. Apabila waktu rehat, Jaja akan makan bekalan yang dibawa bersama-sama abang dan adiknya. Selepas makan, Jaja menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Pada pukul 5.00 petang, Jaja bermain badminton dengan adiknya di taman permainan.

B. Nomborkan pernyataan berikut mengikut urutan yang betul.

1. Jaja tidak berebut-rebut semasa menaiki bas sekolah untuk pergi ke sekolah. (     )
2. Jaja dan adiknya bermain badminton di taman permainan pada pukul 5.00 petang. (     )
3. Jaja bangun daripada tidur pada pukul 6.00 pagi lalu mengemaskan katil. (     )
4. Jaja bersarapan dengan keluarga sebelum pergi ke sekolah. (     )
5. Jaja menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya selepas makan tengah hari. (     )

1 comment:

  1. Latihan yang meminta murid untuk menomborkan ayat seperti di atas sangat berfaedah kerana murid dapat menghayati dan berfikir situasi mana yang datang dahulu dan kemudian.

    ReplyDelete